Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kabinet kerajaan Yaman dalam buangan mengkritik keras tindakan PBB yang baru mengeluarkan kecaman ke atas rejim Saudi berikutan serangan bom berangkai di Yaman.
Kementerian Luar kerajaan buangan Yaman, Abu Al-zolof menuduh pegawai PBB berlaku tidak adil dan tersalah dalam menilai serangan Saudi tersebut.
Pada hari Khamis lalu, penyiasat PBB telah sampai di kawasan penduduk awam yang digempur dengan 29 bom berangkai rejim Saudi.
Para pegawai PBB menggap serangan Saudi ini telah mencabul undang-undang antarabangsa dan telah dikecam dalam satu pernyataan rasmi.
Lebih 10 bulan rejim Saudi mengepalai pakatan untuk menyerang Yaman sehingga menyebabkan beribu-ribu penduduk awam terkorban. Sebahagian pihak menggap kenyataan yang dikeluarkan oleh PBB ini terlalu sedikit berbanding dengan kekejaman yang dahsyat dilakukan rejim Saudi.